| Pengguna Disaran Berjimat Cermat Dalam Bulan Ramadan |
| Berita | Am |
| Written by Raihana on Wednesday, 11 August 2010 12:39 |
KOTA KINABALU 11 Ogos - Pengerusi Rakan Pengguna Sabah Datuk Amisah Yassin mahu pengguna di negeri ini menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk membentuk diri mereka menjadi perancang yang bijak berbelanja. Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya tidak boros serta mengelakkan pembaziran sepanjang tempoh bulan Ramadan."Kalau tahu berjimat cermat maka perbelanjaan tidak jadi keterlaluan dan mungkin tidak akan menjadi satu beban berat," katanya di sini pada Rabu. Amisah yang juga setiausaha politik di Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Negeri berkata pada bulan Ramadan, orang ramai biasanya memerlukan wang yang banyak untuk membeli pelbagai keperluan termasuk makanan dan baju baru bagi menyambut Hari Raya. Beliau menyeru Rakan Pengguna seluruh Sabah yang kini mempunyai 2,000 angota supaya turun padang memantau harga barang-barang yang dijual di kawasan masing-masing. "Peniaga barangan makanan tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga makanan sesuka hati mereka," katanya. Sumber : BERNAMA |



manarik
ReplyDelete