Monday, March 14, 2011

Orang kaya pun hidup berjimat cermat ? Betulkah ?

Tahukah anda ? Antara orang terkaya di dunia juga hidup berjimat cermat.


                                                  Jim Walton                                     

  •     Pemilik Wal-Mart, antara pasaraya terbesar di US, Jim Walton, hanya membawa kereta nya yang berumur 15 tahun ke tempat kerja.

  •                         Ingvar Kamprad dan kereta Volvo beliau                          

  •     Ingvar Kamprad, pemilik Ikea di Sweden membawa kereta Volvo berumur 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi sahaja, dan makan di restoran-restoran murah!


  •          Warren Buffett            Rumah Warren Buffett                                   

  •     Warren Buffet, billionaire terkenal dan antara orang terkaya di dunia, tinggal di rumahnya yang dibeli pada harga US31,000 sejak 50 tahun lalu!


  •          Azim Premji                      Toyota Corolla                                         

  •     Azim Premji, Tycoon perniagaan dari India hanya membawa kereta Toyota Corolla


  •               John Caudwell                           David Cheriton                           

  •     Billionaire John Caudwell and David Cheriton pilih untuk memotong sendiri di rumah sahaja tanpa pergi kedai gunting rambut mahal.


  • Dapatkan role model dalam bidang kewangan. Ia tidak semestinya orang yang anda kenali seperti ikon di TV, ataupun orang yang anda kenali, jiran, rakan sekerja atau ahli keluarga. Billionaire seperti Warren Buffet menjalankan hidup secara sederhana. Ini boleh menjadi role model kewangan kita.


    Ataupun anda mempunyai pakcik yang menjalankan perniagaan yang berjaya tetapi hidup sederhana bersama keluarga. Atau anda mengenali seorang CEO syarikat besar, tetapi tetap merendah diri dari segi kewangan.


                                        Tan Sri Mokhtar Bukhari


    Tan Sri Mokhtar Bukhari adalah role model yang hebat, sebagai bumiputera terkaya di Malaysia, tetap menderma berjuta RM di bawah Yayasan Al Bukhari untuk mereka yang kurang bernasib baik.


    Dapatkan role model (tidak semestinya seorang sahaja) dan ikuti tabiat kewangan mereka. Manusia mudah belajar daripada melihat manusia yang lain. Kuncinya adalah, pastikan role model yang dipilih adalah role model yang betul!


    Perancangan Kewangan ? Apa Tu ?

    Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan? 

    Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:

    Apakah cara terbaik untuk ke sana? 
    Adakah kesesakan lalu lintas? 
    Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana? 

    Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat! 

    Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa 
    yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian 
    merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek,sederhana mahupun panjang. 

    Begitulah juga dengan perancangan kewangan. Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan. Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan  dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka. 

    Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan  melihat bagaimana perlunya  menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

    Panduan menggunakan kad kredit



    1. Jangan bawa baki bulan ini ke bulan hadapan.
    Peraturan pertama yang mesti anda patuhi ialah jangan membawa baki bayaran bulan ini ke bulan berikutnya. Mempunyai baki bayaran lebih daripada sepatutnya. Sesungguhnya, kegagalan  mematuhi  peraturan ini hanya akan menambahkan beban hutang.

    Jadi tanyakan diri anda. Adakah anda seorang yang lazimnya mempunyai baki bulanan atau secara keseluruhan jumlah hutang? jika anda bernasib baik, anda tergolong di dalam kategori kedua dan tidak terperangkap di dalam pembayaran faedah.

    Tetapi berlainan pula dengan mereka yang mempunyai baki hutang. Mereka sebenarnya terperangkap di dalam hutang yang semakin meningkat akibat kegagalan  membayar.

    2. Baca semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan.
    Pastikan anda membaca dan meneliti semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan. Ini penting untuk anda melindungi diri sebagai pengguna. Pastikan anda mendapat penjelasan  sewajarnya kepada setiap kemusykilan yang diutarakan. Juga pastikan anda membaca dan meneliti semua bil yang sampai ke tangan anda. 

    Ini penting kerana anda pastinya tidak mahu terlepas daripada mengetahui sebarang perubahan polisi yang dikenakan ke atas kad kredit anda. Harus diingat, syarikat pengeluar kad kredit mempunyai kebebasan membuat sebarang pindaan dan lazimnya setiap perubahan akan efektif di dalam tempoh waktu yang singkat.

    3. Elakkan denda bayaran lewat.
    Pastikan anda membayar hutang di dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kelewatan membayar hanya mengakibatkan anda terjerumus ke dalam hutang yang lebih banyak disebabkan jumlah yang meningkat setiap kali anda gagal melunaskannya.

    4. Pertahankan hak anda sebagai pengguna.
    Jika anda mendapati syarikat pengeluar kad kredit gagal berfungsi dengan cekap, maka anda perlu segera membuat aduan. Di dalam persaingan pasaran yang sengit mereka tidak boleh memandang ringan segala aduan yang diterima dan lazimnya, anda akan mendapat layanan sewajarnya.

    5. Jangan tergesa – gesa membuat pilihan
    Dewasa ini, amat banyak kad kredit yang ditawarkan di pasaran. Sebagai pengguna bijak, luangkan masa anda mencari kad yang menawarkan pilihan terbaik seperti tiada bayaran tahunan  dan kadar faedah yang rendah. Tidak ada gunanya untuk anda terus menggunakan kad kredit yang mengenakan faedah tinggi dan dan mempunyai masa selamat yang singkat. Untuk mengetahui cara memilih kad kredit, sila rujuk siri terdahulu

    Berita : Pengguna Disaran Berjimat Cermat Dalam Bulan Ramadan


    Pengguna Disaran Berjimat Cermat Dalam Bulan Ramadan



    Berita Am
    Written by Raihana on Wednesday, 11 August 2010 12:39   
    KOTA KINABALU 11 Ogos - Pengerusi Rakan Pengguna Sabah Datuk Amisah Yassin mahu pengguna di negeri ini menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk membentuk diri mereka menjadi perancang yang bijak berbelanja.
    Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya tidak boros serta mengelakkan pembaziran sepanjang tempoh bulan Ramadan.

    "Kalau tahu berjimat cermat maka perbelanjaan tidak jadi keterlaluan dan mungkin tidak akan menjadi satu beban berat," katanya di sini pada Rabu.

    Amisah yang juga setiausaha politik di Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Negeri berkata pada bulan Ramadan, orang ramai biasanya memerlukan wang yang banyak untuk membeli pelbagai keperluan termasuk makanan dan baju baru bagi menyambut Hari Raya.

    Beliau menyeru Rakan Pengguna seluruh Sabah yang kini mempunyai 2,000 angota supaya turun padang memantau harga barang-barang yang dijual di kawasan masing-masing.

    "Peniaga barangan makanan tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga makanan sesuka hati mereka," katanya.
    Sumber : BERNAMA

    Kenapa perlu berjimat ?

    Belajar berjimat sangat penting dalam membantu kita untuk mengumpul duit yang banyak.Berjimat juga boleh membantu kita dalam meningkatkan taraf hidup kita pada masa akan datang. Berjimat juga mampu mengelak kita dari terjerumus dalam kebankrapan. Kebankrapan berlaku kerana hutang yang banyak kerana sikap kita yang boros dan tak pandai berjimat. Kenapa kita perlu berjimat? Berjimat wang ringgit adalah untuk :
    1. Kecemasan, andai anda ditimpa musibah seperti dibuang kerja atau sakit yang menggunakan wang yang banyak. Simpanan anda dari penjimatan andalah yang membantu anda.
    2. Mengelak hutang, anda berjimat kerana mahu lari dari berhutang. Hutang kad kredit adalah paling berbahaya kerana faedahnya yang tinggi.
    3. Penggunaan masa depan, anda berjimat untuk anak2 anda, mengubahsuai rumah anda dan simpanan untuk hari tua anda.

    Adakah anda nampak kepentingan berjimat? Pentingnya berjimat? Justeru, jimatkanlah wang ringgit anda kerana berjimat lebih banyak faedahnya daripada berbelanja lebih.

    11 Tips Yang Berguna Untuk Anda .


    TIPS AMALAN BERJIMAT CERMAT
    Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:
    Tip 1 : Sediakan bajet kewangan keluarga
    Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
    Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
    Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.
    Tip 3: Masak sendiri
    Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.
    Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah
    Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.
    Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri
    Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.
    Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas
    Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.
    Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran
    Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.
    Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah
    Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.
    Tip 9: Beli secara pukal
    Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.
    Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu
    Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.
    Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama
    Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.
    Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.
    Powered By Blogger